Nuffnang

Tuesday, June 22, 2010

Kondom bergigi elak diperkosa


..kondom bergigi iaitu Rape-aXe..

Pernah dengar atau lihat rupa kondom bergigi? Sedikit informasi unutk dikongsi bersama anda. Kondom ini ada merupakan alat pelindungan wanita daripada dirogol. Kondom ini dimasukkan kedalam alat sulit wanita. Disekeliling kondom ini terdapat gigi lateks yang mana berfungsi untuk melekat pada alat sulit perogol sewaktu kejadian. Kondom ini hanya dapat dikeluarkan dengan pembedahan. Kondom bergigi ini juga memberikan kesan kesakitan pada alat sulit perogol dimana beliau tidak dapat membuang air kecil dan berjalan dan jika ia berusaha membukanya maka kondom ini makin melekat. Bayangkan bagaimana gigi-gigi tajam ini mencekam alat sulit perogol tersebut? Aku yang tengok keadaan kondom tu pon dah takot dah. Ayoo, sakit kot. Memang dicipta untuk melekatkan alat itu dan si perogol memang tak boleh nak buka kondom tu dan memerlukan bantuan dari pakar unutk membukanya. Meski demikian kondom ini tidak melukai kulit dan tak ada bahaya terhadap organ lelaki tersebut.

Kondom ini diberi nama ‘Rape-aXe’ dimana merupakan produk revolusi baru bagi pencegahan perkosaan. Kondom ini berfungi untuk mengenalpasti penyerang dan bantuan dalam kebimbangan pelaku. Alat ini akan mempunyai gigi yang tajam dan menyakitkan alat sulit lelaki. Untuk menanggalkan alat ini memerlukan pembedahan dan dari sini dapat mengenalpasti penyerang dan membantu dalam penangkapan kes rogol. Protaip pertama dilancarkan pada 31 Ogos 2005 di Kleinmond, Cape Province, South Africa.


..Dr Sonnet Ehlers-pencipta Rape-aXe..

Bagaimana tercetusnya idea mencipta kondom bergigi ini;

Dalam wawancara dengan CNN bersama Dr Sonnet Ehlers; Kisah bagaimana boleh tercetusnya idea untuk melindung wanita daripada dirogol adalah beliau didatangi seorang perempuan yang sudah diperkosa. “Ia melihat ke arahku dan mengatakan seandainya saya memiliki gigi di sana,” kata Ehlers yang saat itu berusia 20 tahun. Ia kemudian berjanji akan menolong perempuan yang mengalami perkosaan seperti dirinya dan 40 tahun kemudian kondom tersebut lahir. Dr Ehler juga menyatakan beliau menjual rumah dah telepon bimbitnya bagi membiayai projek ini dan mengagihkan sejumlah 30,000 kondom ketika pelaksaan Piala Dunia 2010 di Negara tersebut. Niat hati yang baik kan untuk menolong kaumnya sendiri. :-)

Sedikit info dari beberapa rujukan, menurut Human Right Watch, Afrika Selatan mempunyai salah satu tingkat perkosaan tertinggi di dunia. Begitu juga dengan sebuah laporan 2009 oleh bangsa Medical Research Council mendapati bahawa 28 peratus lelaki yang disurvey telah memperkosa seorang wanita atau perempuan, dengan 20 orang dengan mengatakan mereka
telah diperkosa dalam satu tahun terakhir. Beliau juga percaya bahawa 16 peratus penduduk hidup dengan HIV.
Golongan wanita disana juga mengambil tindakan drastik untuk mengelakkan pemerkosaan di Afrika Selatan, kata Ehlers, dengan beberapa pisau pencukur memasukkan di bahagian peribadi mereka. Sekarang ni pon memang ramai wanita luar negara yang memiliki alat sembur pepper yang bertindak memedihkan mata penyerang. Walau bagaimana pun, dibawah ditunjukkan bagaimana cara memasukkan kondom dan juga disediakan satu stick bagi membantu memasukkan ia dah dibiarkan didalam alat sulit.

..cara meletakkan Rape-aXe ke dalam alat sulit wanita..

Persoalannya disini adalah adakah gadis-gadis yang masih dara akan memakai alat ini? Bagaimana cara untuk melindungi gadis-gadis yang masih dara? Tertanya-tanya juga aku. Dan aku pasti gadis-gadis kat luar tu if dengar tentang kondom bergigi yang mampu melindungi mereka daripada dirogol sure akan buatkan dorang rasa sedikit gembira tapi kalau difikirkan balik, adakah mereka yang masih dara ini akan memakai benda ini yang mana memerlukan diletakkan di alat sulit? Atau pon alat ini dicipta untuk mereka yang pernah melakukan hubungan seks?

Terima Kasih buat Nuffnang kerana sudi meletakkan iklan di blog saya.


Sekian,

Eddy Rizal

2 comments:

  1. betul tu, kalau mereka yang masih dara takkan nak letak benda ni.. hilanglah dara mereka nanti..


    Cara Mudah Untuk Dapatkan Follower

    ReplyDelete
  2. Play save lagi bagus hehehhehe..

    ReplyDelete