Nuffnang

Sunday, June 6, 2010

Pokok tua


..Pokok Tua..

Dari sambung cerita sebelumnya.....

Alang-alang aku dah sebut pasal Pokok tua nih...
Dulu masa aku masih stay kat umah, kitorang adik beradik atau pon budak-budak kat kampung aku nih tak berani nak lalu waktu malam atau main kat area-area pokok nih.. Sebabnya kata orang kampung dan dari mulut mak aku sendiri.. pokok tua dah lama berada kat situ... Pernah jugak lah aku tanya kat mak aku, asal tak tumbangkan aje pokok tu sebab tanah tu skit jer, kalo dibuang pokok tu luaslah sawah kat situ..
But kata mak aku tu pokok tak leh ditebang... pokok tu dah lama kat situ, so tak boleh... takot kalo kia tebang nanti jadi apa apa tak elok..

Hah, tak seram ker kalo kome dengar? aku time tu kecik lagi baru sekolah rendah, bila dengar ajer seram sejuk lah kanbudak budak lah katakan... bila aku tahu jer cerita tu, terus tak jijak kaki ke sana... Main pon kat tempat lain jer walau pon kalo ikotkan hati tempat lebh selesa kawasan bersih dan luas, cam best jer and lapang jer main kat situ after balik dari sekolah...Tempatnya pon berangin-berangin almaklumlah kawasan kampung dikelilingi sawah, ditambahkan lagi dengan teguh jer bila kita duduk bawah pokok tu..
Terasa tenang and sejukk jer kalo rasa cam nak melukis-lukis sambil berangan-angan kat bawah pokok tu... Tapi bila aku dah besar ckit, aku dah ok dah, tak ada dah takot-takot sangat..

Pernah lah jugak orang kampung stori kata ada nampak something kat atas pokok tu masa dorang lalu, so far, pengalaman aku ok lagi tak ada nampak apa-apa lagi lah... baik macam tuh jer lah kot..kannn... kang kalo aku nampak apa-apa kang raya pon susah nak stay kat rumah ehehehe... ahahaha tak mau lah aku if ternampak sesuatu yang aku tak mahu... dalam hidup aku nih, belum pernah lagi nampak benda-benda yang bukan-bukan.. alhamdulillah kan...bukan menyombong tau, just bagitahu jer..minta simpang lah yea....

Kisah disebalik pokok tu pulakkk... mak aku cakap pokok tu kalo turiskan kulit pokok tua tu ada darah yang akan mengalir... ahahaha, aduhhh lagi ler menakotkan kan?... aku pernah pergi toris, tapi time tu aku tak tahu lagi hal disebalik pokok tu... after aku nampak macam darah keluar baru lah aku tanya mak aku kisah pokok tu.... Sebenarnya darah yang aku nampak tu bukanlah darah macam manusia cuma ia darah pokok seperti cecair yang kuar dari kulit pokok tu kalo ditorehh, tapi yang pasti warnanya merah pekat seperti darah manusia ok, kalo kuar warna putih ker aku ok lagi, kalo dah warna cam darah manusia siapa yang tak cuakkk kannn, takot jugak time tu.. ada gak cam berdoa & minta maaf kat penunggu pokok tu ahaha.. kelakar jer...but then pokok tu luka kan disebabkan kegatalan aku sendiri, haruslah minta maap..tak nak lah if apa apa jadi nanti... mak aku juga ada cakap, kulit pokok tu boleh dibuat ubat... sampai sekarang lah pokok tu masih ada... tak dipotong dan aku rasa tak akan ditebang kot melainkan ia mati sendiri... usia dia aku tak pasti tapi dengar mak aku cakap dah lebih 100tahun plus.. keadaan pokok tu pon dah tak ok dah, dah uzur dah, daun pon xbanyak, ranting pon kerap jatuh... tapi seramlah bila malam..

Sekian,
Eddy Rizal

5 comments:

  1. seram! tp org dulu2 mmg byk cite kdg2 nk cya pun mcm x logik ttp klu x cya bnda btul lak.. tp nice view la coz pkok tu kt tgh2

    ReplyDelete
  2. ako prasan kan.. pokok tuh mcm figure sorang pompuan yang nga posing sambil junjung benda kat atas kpala die kn..?? hish.. seram dow.. ngeeeee~.. heeeeeeeee~..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. masih hidup lagi tu pokok ni

      Delete
  3. Bestnya melepak piknik kat bawah pokok tuh

    ReplyDelete