Nuffnang

Saturday, June 12, 2010

Roh manusia II

Sambungan kepada cerita aku Roh manusia (part I)

Roh Keluar Dari Jasad Ketika Tidur. Seperti yang dijanjikan, jika ada info lebih aku akan kongsi bersama anda.


Soalan: Semasa tidur adakah benar roh telah keluar daripada jasad seseorang itu ?

Jawapan: Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini, dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.
Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar ayat 42)

Sekian,
Eddy Rizal

1 comment:

  1. salam..
    nak komen ket..dlu2 ms blaja skola agama,
    ustzh tu de hbq, lau kte tdoq roh kluaq kan..
    pas tu, roh ley sesat @ senang kira xmsuk blik kat jasad kite coz keadaan roh & jasad da xsme cam sebelum die klua dr bdn org tu..
    kira nye laa, lau org tu kena conteng badan die mse die tdow oleh org lain...
    so, roh tu da xley msuk kat bdn sbb de tanda2 lain yang tak sama dgnya..sekian

    ReplyDelete