Nuffnang

Monday, June 28, 2010

Mimpi yang tidak diduga


..gambar hiasan..


Tanggal 28.06.2010 adalah pagi yang tak mungkin dapat aku lupakan. Bermimpi kehilangan permata hati adalah sesuatu yang sukar diterima oleh diriku. Insan yang paling aku sayangi dalam hidup. Sedarku dari tidur, rupanya disebabkan menangis teresak-esak. Menangis kerana menerima berita buruk. Sekali pun aku dah sedar, kesedihan tu tak mampu aku buang. Air mata tetap terus mengalir. Apa kan daya, tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata jika perkara sebegini terjadi kepadaku. Tanpa membuang masa aku terus dengan ber’sms kepada bonda bertanyakan khabar. Nak call? Sudah tentu dia akan sedar aku yang sedang menangis ini kan? Aku hanya harapkan dibalas melalui sms jer. Namun, bonda aku terus call.

Bonda: Ada apa wadi(panggilan dirumah) call? Nada Bonda aku risau & terkejut. Yelah mana taknya, jarang sekali aku akan sms diwaktu pagi sebegini. Namun, dalam hati lebih risaukan Bonda aku.

Aku: Tak ada apa pun. Saja ja sms tanya. Dalam hati nasib dah reda sikit suara sebak aku tu, sempat jugak cover.

Bonda: Kerja tak ni? Oooo, ingatkan ada apa apa tadi.Bonda aku pon pelik aku sms pagi-pagi ni. ehehe

Aku: Kerja. Ni nak siap-siap mandi la nih. Aku nak terus stop cakap ja takut mak aku dapat detect ja suara anak dia menangis.

Bonda: Baru nak mandi ka?

Aku: Ah, rumah dengan ofis dekat ja. Memang nak pi mandi dah pon. Sekali lagi aku cuba nak hentikan perbualan.

Perbualan hanya beberapa saat sahaja. Lepas sahaja Bonda letak, terus airmata menitis lagi. Aku masih tak dapat tahan sebak dihati. Bersyukur kerana aku masih memiliki kedua-duanya lagi. Semoga Bonda & Ayahanda ku sentiasa diberikan kesihatan yang baik & umur yang panjang. Amin.

Sekian,

Eddy Rizal

4 comments: