Nuffnang

Sunday, June 13, 2010

Teman Istimewa




Pendapat: Jika nak diceritakan tentang Cinta. Banyak cinta yang datang tapi tak semuanya boleh diambil. Cuma aku nih aja yang tak nak terima, kalau hati dah kata tak nak, tak nak jugak. Paksa macam mana sekali pon, akhirnya aku akan tolak jugak. Baik dari awal tolak. Pandai-pandai lah menilai mana yang baik tok diri anda.. Jangan sekejab ajer bercouple pastu terus tak ada. Jangan nak terus bercinta kalau datang mukanya ensem & cantik, yang elok-elok nih susah nak jaga. Market tinggi tu ehehehe.

Tak salah memilih, tapi hati mesti diambil kira jugak ok, tak best kan macam tu, biar kenal lama, biar tahu perangai masing-masing- dari situ buatlah penilaian sama ada jadi kawan atau teman istimewa. Ada yang ambil masa lama untuk kenal isi hati & ada pula yang ambil masa sekejab saja. Toleransi & jujur mainkan peranan penting buat sesuatu hubungan. Aku, memilih orangnya. Mesti ada yang terfikir, rupa tak seberapa tapi memilih ja lebih. Tuuutttt, dengar sini kekawan, nak memilih tak salah tapi biar berpada... Biar orang kata bak pinang dibelah dua, ambik pinang muda baru cantik, hijau segar segar lagi kan? bukan bermaksud yang lebih tua tu tak cantik, cantik juga.. ehehe Tak kan lah u'ol nak main ambik jer sapa-sapa yang datang kan? betul tak?

Ehhh...zaman dulu boleh lah, mak bapak setkan ko kawen dengan orang kampung sebelah, kita pon kawen lah tak ada bantahan, kahwin dulu pastu baru bercinta. Ok, bagi zaman dulu boleh acceptlah sebab berapa sangat lah kenalan mereka time tu. Hanya orang-orang kampung jer yang kenal pon yang kenal u'ol kan. Kalau muka ko lawa hah maybe lah paling jauh pon orang kampung sebelah tahu, itu pon sebab mak bedah mulut becok kat kampung ko yang bawa stori ke kg sebelah. Kannn? Memang kita nampak orang dulu-dulu kekal jer hubungan dorang sampai sekarang, tak ada cerai berai, kalo berduit atau pun mampu, hah tambah ja lagi satu ke, dua ke atau pon tiga bagi cukup korum kannn.

Tapi zaman sekarang nih dah berbeda, suami isteri bekerjaya, bebas bergaul, berpengetahuan tinggi pastu dicampur lagi dengan internet nih pulak kan yang mana mudah mencari kenalan-kenalan baru, bak kata orang maklumat dihujung jari, korang taip ja apa korang nak kat internet sekarang nih, nak apa taip ja, nak body lawa, muka lawa, yang dah bekerja, nak yang berumur ker kan dan macam-macam lagi lah.. zaman dah revolusi sangat..berlambak jer orang kat luar tuh..

Pandai pandai lah memilih, orang kata kita akan jumpa insan yang tak betul dulu dan kemudiannya akhir sekali baru bertemu sidia yang tepat. Pengalaman yang kita ada pada hari ini pon boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih teman istimewa. Biar orang cakap, ada lah jugak teman ketika kita bersedih, gembira.. yelaahhh kongsi cerita.. kannn... best tau... ehehe itulah satu satu nya angan angan aku entah bila lah akan termakbul :-)

Sekain,
Eddy Rizal

2 comments:

  1. yeah..
    jodoh di tangan Tuhan..
    memang dah ditakdirkan org 2 utk kte..
    so chill jerk..

    ReplyDelete
  2. angan-angan tu penting, sebab ia titik tolak kita mencari kepastian. Pastu kenalah berusaha... nak berusaha ni pun kena ada gayanya. Ada orang selagi takder pembakar semangat selagi tu tak berdaya. Jadi bila dah jumpa orang yang tiba-tiba buat awak bersemangat, jangan sia-siakan peluang tu sebab hati kita ni lain sikit berbanding logik di minda kita. Dapat bersama ke tak dengan orang tu belakang cerita, yang penting semangat tu datang untuk diri kita melalui dia. Kalau dah suka, orang tu benci pun kita suka... ya tak? Hehe!

    ReplyDelete