Batu besar yang ditemui mengapung di Sungai oleh seorang budak kecil di Indonesia. Batu ini tidak dapat diangkat oleh 7 orang namun ianya boleh terapung-apung & ditolak dengan senang didalam air. Fuyoo, 1st time tengok batu terapung dalam air dan dalam kepala aku dah terfikir nak share dengan korang semua. Yelah mana tak nya kan, kalau kita ke sungai pon selalu jer aku suka baling-baling batu kedalam sungai, batu leper yang boleh meloncat-loncat dan akhirnya akan tenggelam. Berita luar negara ni kekadang kita termiss kan? Sama lah macam aku, bila search cari video kat tube baru lah terjumpa benda ini. Lagi-lagi aku ni yang jarang baca atau dengar News :-)
Namun, aku sertakan sekali sedikit info untuk dikongsi bersama anda. Sedikit research aku lakukan berkenaan bagaimana batu boleh boleh timbul didalam air, lagi-lagi bila batu yang sebesar macam ini. Tapi kalau kita ingat waktu belajar dulu, didalam kelas Sains ada disebut pasal jisim. J Semua ini ada kaitan dengan jisim batu tersebut.
Info dari ’20 perkara tentang bumi’;
Apakah batu boleh mengapung di air?
Dan, ketika disekolah kita ada belajar mengenai apa yang boleh menyebabkan sesuatu benda itu boleh terapung didalam air. Batu batu, ia boleh terapung jika berat batu tersebut lebih ringan dari air. Semuanya berkaitan dengan daya apungan sesuatu objek. Kita sendiri boleh terapung kan dipermukaan air kan?
..badan kita boleh terapung didalam air..
Link video batu terapung: Batu besar mampu terapung dalam air
Sekian,
Eddy Rizal
Terima Kasih buat Nuffnang kerana sudi meletakkan iklan di blog saya.
terbaek la batu ni.. hahah.. btw nice entry!
ReplyDelete