Nuffnang

Sunday, June 27, 2010

Pesanan: Mencintai namun takut


Apa yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

..gambar hiasan..

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita sendiri cipta dengan tidak tahu mengambil peluang yang ada. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan jangan difikirkan sangat perasaan takut akan direject. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali dengan insan yang sama, setelah anda terlepas peluang tersebut mungkin tiada lagi peluang kedua. Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah, sayangilah & juga beri cukup perhatian dan masa. Jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar-benar bahagia.

Terima kasih buat Nuffnang yang sudi meletakkan iklan diblog saya.

Sekian,

Eddy Rizal

4 comments: