Ketahuilah kita, jika ular ini bersaiz 2 kali ganda lebih besar daripada kita atau panjangnya melebihi 3 meter, kita memerlukan bantuan orang lain untuk melepaskan diri dari belitan ular ini. Maksudnya, dalam keadaan panik akibat dibelit ular, kita patut menjerit meminta pertolongan. Ular ini akan mengambil masa untuk membelit seterusnya menjerut anggota badan kita, segeralah menjerit ketika belitannya masih longgar. Ular ini akan berusaha menjerut mangsa dengan kekuatan ototnya sehingga ia menyedari nadi mangsa berhenti atau cukup lemah. Ketika itu mangsa kemungkinan telah mati atau pengsan disebabkan lemas, tidak dapat bernafas atau bahagian tulang tertentu telah patah, mangsa yang tewas ini akan ditelan bulat-bulat oleh ular tersebut.
Ketika dibelit ular, upayakan diri untuk mencengkam leher atau kepalanya. Ini bertujuan mengelakkan ular ini menggigit. Seseorang yang digigit ular sawa walaupun bersaiz ibu jari, kita tidak boleh menyentap kepalanya kerana gigi ular ini yang melengkung panjang dan tajam tidak akan melepaskan gigitan. Tindakan kita ini boleh menyebabkan mangsa lebih parah iaitu bahagian isi yang digigit ular tadi boleh tertanggal dari tubuh mangsa.
Belitan ular ini akan menjadi mudah jika kedua-dua tangan mangsa (manusia) dapat dibelitnya sekaligus. Maka elakkan ular dari membelit kedua-dua tangan kita. Tangan boleh membantu membuka belitan ular, biasanya kita membuka belitan ular bermula dari bahagian ekornya menghala ke bahagian kepala ular. Tangan juga dapat membantu ketika belitan ular pada bahagian leher. Selitkan tangan pada bahagian leher ketika ular
Begitu juga di bahagian kaki, elakkan ular membelit kedua-dua kali sekaligus. Mangsa mudah tumbang ke tanah apabila kedua-dua kaki dibelit oleh ular. Dengan sebelah kaki, mangsa masih mampu bertarung nyawa melepaskan diri. Usaha sedaya mungkin merapatkan diri kita dengan batang pokok agar tubuh kita dan batang pokok terbelit bersama-sama oleh ular. Tindakan ini mengelakkan kita daripada lemas dibelit ular kerana masih ada ruang di antara tubuh kita dan batang pokok untuk memberi kita ruang bernafas. Ianya juga mengelakkan kita dari tumbang ke tanah. Mangsa yang tumbang ke tanah sukar bergerak seterusnya melepaskan diri dari belitan ular.
Dimana ular menyerang manusia? Paling kerap serangan ular tentulah di habitatnya. Apabila kita memasuki habitatnya, kita lebih mudah diserang hendap oleh ular. Ular tidak berbisa ini gemar menyamar ketika menghampiri atau dihampiri mangsanya. Ular juga akan keluar dari habitatnya untuk mencari makanan seandainya makanan berkurangan dihabitatnya atau jumlah ular yang banyak berbanding peluang mendapatkan mangsa untuk makanannya. Sebab itu ular merayap sampai ke reban ayam atau kandang kambing atau mungkin ke dalam rumah kita.
Ular aktif pada waktu malam. Ketika inilah ular keluar mencari makanannya. Ular kurang aktif ketika cuaca panas dan bersuhu tinggi. Keluar pada waktu malam juga dapat mengelakkan ular bertembung manusia. Ular seperti haiwan liar yang lain akan
No comments:
Post a Comment