Nuffnang

Saturday, June 12, 2010

Sakit Kepala



Salam u'ol...
Lepas lunch tadi balik rumah terus tidur.. cover tidur yang tak cukup... tidur tak cuci kepala, masa keluar tadi pakai wex kat rambut dan lupa cuci... tersedar ja dari tidur, aku dah sakit kepala... macam nih r rutin kepala aku kalau tak dicuci, panas, banyak fikir, bermasalah, sedih.. kepala nih mudah sangat untuk sakit.. Now, cuba rest & tenangkan diri.. Itu jer ubatnya selain Panadol..

..tenang..


Sekian,
Eddy Rizal

Roh manusia II

Sambungan kepada cerita aku Roh manusia (part I)

Roh Keluar Dari Jasad Ketika Tidur. Seperti yang dijanjikan, jika ada info lebih aku akan kongsi bersama anda.


Soalan: Semasa tidur adakah benar roh telah keluar daripada jasad seseorang itu ?

Jawapan: Di dalam ayat Al Quran ada dijelaskan tentang kedudukan roh ketika tidur ini, dan memang Allah SWT memegang roh orang yang mati dan ketika tidurnya, dan melepaskan kembali sampai waktu yang ditentukan.
Firman Allah SWT maksudnya: "Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir". (Az Zumar ayat 42)

Sekian,
Eddy Rizal

Baju Raya


..Gambar Hiasan..


Salam...
Tahun ini tak terfikir lagi nak pakai baju raya warna apa? Biru pon ok kot... Last masa zaman kanak-kanak jer pakai warna biru...tapi entahla, akan tukar ikot mood pemilihan warna nih.. janji cantik sudah kan... Fikir jugak nak tempah or beli jer terus kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu.. Banyak & murah-murah kan... Aku belum pernah ada pengalaman menempah baju.. Pernah gak terfikir nak tempah tahun nih tapi mampu ker kan? Tu lah dok fikirkan jugak, janji nak lawa ponya pasal habis duet poket plak kannn...

Sekian,
Eddy Rizal

Friday, June 11, 2010

Roh manusia


..gambar hiasan..


Salam semua teman-teman yang membaca Blog ini...

Hari ini kan aku nak kongsi satu lagi cerita pasal benarkah Roh manusia keluar dari tubuh manusia ketika kita tidur?
Haaa.... Pernah terfikir tak kalau-kalau roh tu ketika kita tersedar dari tidur tapi roh tak masuk balik? Takotkan kalau difikirkan kan....??

Ini cerita dari Ibunda aku....
Satu pagi tu mak aku tanya aku... semalam mak panggil sedar tak?? Aku jawab.. Tak mak.. Awatnya? Semalam kejut hang tido tak sedarkan diri ehhh.... ehehehe aku memang sedikit nyenyak tidur malam-malam nih, kalau bukan dengan kemahuan aku sendiri.. aku dah setkan diri untuk tak tersedar ...
Aku tanya mak aku lagi.. awatnya? ada apa panggil time tidoq?
Mak aku tanya lagi: Tak sedar langsung ker? eheheh.. memang aku tak sedar langsung pon :P
Pastu aku pujuk tanya apa berlaku.. Cuak jer muka mak aku time nak stori kat aku tu... Dalam kepala memang dah boleh sure cerita tentang makhluk tutttt....
Sebelum nih aku dah pernah dengar dah dari mulut kak aku, ayah & mak aku tentang makhluk tu :) so aku dah lali, takot takot tu ada lah jugak if terjaga waktu malam kan.. kawasan rumah kg... biasa lah bila malam gelap lah kan, sunyi.. kalau bulan tak cerah waktu malam memang gelap ar.. dalam rumah aku dulu, dalam pukul 11pm tu selalunya dah tutup semua lampu.. tidur pon tutup semua lampu... kalo nak ke toilet ke, nak turun bawah ker kitaorang guna ar lampu suluh...

Sambung balik stori mak aku...
Aku, mak & ayah tidor kat atas rumah.. memang time tu akak aku tak ada, belajar kat Uni.. Abg aku pon tak ada, dia kat rumah Atok aku kat Penang. So waktu aku form 4-5 memang kami bertiga ja tinggal kat rumah kg tu... so, tiga-tiga tidur atas rumah, waktu tidor yang kita cakap dah nyenyak lah...
So, malam kejadian tu mak aku tido menghadap kearah aku dulu. Pastu bila dia nak tukar kearah ayah aku ~ tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang sebijik macam ayah aku baru nak keluar dari body ayah aku, benda tu dah separuh bangun tapi still didalam posisi ayah aku.. maksudnya ayah aku terbaring, benda tu dah nak bangun dengan cara mengangkat badan dahulu tetapi kaki masih bersatu dengan kaki ayah aku..

Kiranya ada dua tubuh disini. Satu berbaring dan satu lagi nak bangun.. Korang leh bayangkan tak? Namun, masa mak aku nak berhadap ayah aku tu benda tu terus masuk balik kedalam badan ayah aku... ermmm, aku dengar time tu memang seram nak mampos.... Aku dapat rasa macam mana perasaan mak aku time dia nampak benda tu.. sure takot gila kan? ahaha kalau tak takot, masakan mak aku panggil aku waktu tengah tidur kan? siap kejut-kejut lagi kan? ahahaha.. kelakar lah pulakk.. penakot jugak kan mak aku nih ahaha...
Tapi kan u'ol, bagaimana kalau roh kita tak sempat nak masuk balik ketika kita nyenyak tidur? Entah kemana perginya, sesat jalan tak leh balik? ahahaha.. abis lah u'ol.. buy buy lah kannnnn jawabnya kann :-P

Kongsi-kongsi lah story u'ol ok.. aku nak dengar jugak... Kalau aku ada tentang roh nih, aku akan kongsi ok dengan u'ol nanti.. bersambung...

Sekian,
Eddy Rizal

Thursday, June 10, 2010

Nadiku - Sabhi Saddi


Mula meminati lagu Nadiku nih sejak aku mula dengar :) Sebelum ni selalu ja dengar lagu Anang ~ Separuh jiwaku pergi.. Tapi lepas aku dengar jer lagu nih terus tukar mood kepada lagu Nadiku. Suka dengan Lirik dan melodinya. Jiwa aku lebih kepada lagu berentak slow contohnya seperti lagu Seribu Tahun oleh Imran Ajmain & When I Look At You oleh Miley Cyrus.


..Sabhi Saddi..

Nadiku

Suara kisah kita
Yang sehalus sahutan di mata
Segala norma yang melena ku
Pada aroma syurga kita

Nan syahdu cinta menunggu
Sayunya kerna air matamu

CHORUS
Nadiku bagaikan berlagu
[ Nadiku lyric found on www.lirik.my ]
Nantimu hentikan apa berlaku padamu
Yang ku temu
Hadirmu sambutlah damba dakapanku

Suria kasih kita
Yang berbisik gerimis serinya
Seindah frasa yang damaikanku
Walau sezarah air mata

Biarku kucup wajahmu
Leburkan saja ia padaku

Sekian,
Eddy Rizal

Wednesday, June 9, 2010

Charice Pempengco


..Charice Pempengco..

Salam tengahari :-)

U'ol pernah dengar cerita pasal gadis kecik molek dari Philipino nih? Panggilan Charice.. Baru saja berusia 18 tahun pada tahun ini, mempunyai suara besar seperti Whitney Houston.. Nama beliau mula naik apabila muncul dalam program Talk terkenal iaitu Oprah & Ellen. Kini, beliau telah pon memiliki 1 album English bertajuk Charice. Yang aku kagumnya pasal girl ini adalah muda lagi tu baru 18 tahun berjaya memdapat pasaran di US. Itulah yang dinamakan dengan rezeki, tapi orangnya berbakat yea.. Anda bolehlah melihat video nyanyinya di The Ellen Show, ada kat youtube. Hebat persembahan dia... Sekarang, single kedua beliau bertajuk Pyramid berduet dengan Iyaz telah pon berada di Billboard Dance/Club dan juga berjaya berada diatas lagu hit Rihanna iaitu Rude Boy. Camner? Muda lagu tu, dah ada market tinggi kat sana. Bakat besar kan dia nih..

Link nyanyian Live Charice:

Lagu hits: Charice - Pyramid - Feats Iyaz



Sekian,
Eddy Rizal

Sunday, June 6, 2010

Pokok tua


..Pokok Tua..

Dari sambung cerita sebelumnya.....

Alang-alang aku dah sebut pasal Pokok tua nih...
Dulu masa aku masih stay kat umah, kitorang adik beradik atau pon budak-budak kat kampung aku nih tak berani nak lalu waktu malam atau main kat area-area pokok nih.. Sebabnya kata orang kampung dan dari mulut mak aku sendiri.. pokok tua dah lama berada kat situ... Pernah jugak lah aku tanya kat mak aku, asal tak tumbangkan aje pokok tu sebab tanah tu skit jer, kalo dibuang pokok tu luaslah sawah kat situ..
But kata mak aku tu pokok tak leh ditebang... pokok tu dah lama kat situ, so tak boleh... takot kalo kia tebang nanti jadi apa apa tak elok..

Hah, tak seram ker kalo kome dengar? aku time tu kecik lagi baru sekolah rendah, bila dengar ajer seram sejuk lah kanbudak budak lah katakan... bila aku tahu jer cerita tu, terus tak jijak kaki ke sana... Main pon kat tempat lain jer walau pon kalo ikotkan hati tempat lebh selesa kawasan bersih dan luas, cam best jer and lapang jer main kat situ after balik dari sekolah...Tempatnya pon berangin-berangin almaklumlah kawasan kampung dikelilingi sawah, ditambahkan lagi dengan teguh jer bila kita duduk bawah pokok tu..
Terasa tenang and sejukk jer kalo rasa cam nak melukis-lukis sambil berangan-angan kat bawah pokok tu... Tapi bila aku dah besar ckit, aku dah ok dah, tak ada dah takot-takot sangat..

Pernah lah jugak orang kampung stori kata ada nampak something kat atas pokok tu masa dorang lalu, so far, pengalaman aku ok lagi tak ada nampak apa-apa lagi lah... baik macam tuh jer lah kot..kannn... kang kalo aku nampak apa-apa kang raya pon susah nak stay kat rumah ehehehe... ahahaha tak mau lah aku if ternampak sesuatu yang aku tak mahu... dalam hidup aku nih, belum pernah lagi nampak benda-benda yang bukan-bukan.. alhamdulillah kan...bukan menyombong tau, just bagitahu jer..minta simpang lah yea....

Kisah disebalik pokok tu pulakkk... mak aku cakap pokok tu kalo turiskan kulit pokok tua tu ada darah yang akan mengalir... ahahaha, aduhhh lagi ler menakotkan kan?... aku pernah pergi toris, tapi time tu aku tak tahu lagi hal disebalik pokok tu... after aku nampak macam darah keluar baru lah aku tanya mak aku kisah pokok tu.... Sebenarnya darah yang aku nampak tu bukanlah darah macam manusia cuma ia darah pokok seperti cecair yang kuar dari kulit pokok tu kalo ditorehh, tapi yang pasti warnanya merah pekat seperti darah manusia ok, kalo kuar warna putih ker aku ok lagi, kalo dah warna cam darah manusia siapa yang tak cuakkk kannn, takot jugak time tu.. ada gak cam berdoa & minta maaf kat penunggu pokok tu ahaha.. kelakar jer...but then pokok tu luka kan disebabkan kegatalan aku sendiri, haruslah minta maap..tak nak lah if apa apa jadi nanti... mak aku juga ada cakap, kulit pokok tu boleh dibuat ubat... sampai sekarang lah pokok tu masih ada... tak dipotong dan aku rasa tak akan ditebang kot melainkan ia mati sendiri... usia dia aku tak pasti tapi dengar mak aku cakap dah lebih 100tahun plus.. keadaan pokok tu pon dah tak ok dah, dah uzur dah, daun pon xbanyak, ranting pon kerap jatuh... tapi seramlah bila malam..

Sekian,
Eddy Rizal